PENGUMUMAN!!!

SALAM BUAT ORANG PASIR PUTEH (KELANTAN) DAN DUNGUN (TERENGGANU)..

ORANG DUNGUN - DAPATKAN TEPUNG KEK SEGERA ISTIMEWA NI DI GERAI/CANOPY DEPAN MYDIN DUNGUN

ORANG PASIR PUTEH -
DAPATKAN TEPUNG KEK SEGERA ISTIMEWA NI DI GERAI/CANOPY DEPAN ECONJAYA PASIR PUTEH..

MARI2.. XCUBA MMG RUGI BESAR!!!


TEMPOH PERCUBAAN - PEMBELIAN 5 PAKET KE ATAS (DENGAN HARGA RM12/RM13) DIKECUALIKAN KOS PENGHANTARAN.. SELEPAS TEMPOH PERCUBAAN, KOS PENGHANTARAN AKAN DIKENAKAN. JADI JIKA ANDA BAKAL PELANGGAN KAMI.. CEPAT ORDER SEKARANG!! ANDA JIMAT DUIT POS...

Sunday, April 24, 2011

KAMI DAH PINDAH KE WEB BARU

SILA KLIK SINI

http://bakewithelly.com/

MACAM2 ADA...

KAMI DAH PINDAH KE WEB BARU

SILA KLIK SINI

http://bakewithelly.com/

MACAM2 ADA...

RASAILAH KEENAKAN KEK COKLAT BASAH

PENGUMUMAN KHAS

TEMPOH PERCUBAAN SUDAH TAMAT… PEMBELIAN BERMULA PADA HARI INI AKAN DIKENAKAN KOS PENGHANTARAN SEBANYAK RM 8 BAGI SEMENANJUNG DAN RM 13 BAGI SABAH / SARAWAK. HARAP MAKLUM. NAMUN BEGITU TIADA CAJ AKAN DIKENAKAN SEKIRANYA ANDA MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA 5 PAKET TEPUNG (SEMENANJUNG) @ 7 PAKET TEPUNG (SABAH DAN SARAWAK) PADA HARGA RM12.00



TERDAPAT BEBERAPA ORANG PELANGGAN MEMPERTIKAIKAN KENAPA MEREKA BOLEH DAPAT TEPUNG SEGERA KEK DENGAN HARGA YANG LEBIH RENDAH DI TEMPAT LAIN – SUKA KAMI INGATKAN BAHAWA PENGGUNAAN BAHAN YANG BERBEZA ADALAH FAKTOR UTAMANYA KERANA KAMI HANYA MENGGUNAKAN BAHAN YANG TERPILIH!



KEPADA PENGEDAR (PEMBELIAN 50 PAKET KE ATAS) YANG MAHUKAN NAMA MEREKA DIIKTIRAF DAN DIMAKLUMKAN SEBAGAI SALAH SEORANG AGEN PENGEDAR SILA ISI BORANG PENGEDAR DI BAWAH PAGE. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA KERANA SUDI MENGEDARKAN PRODUK KAMI.

TEMPAHAN / PERTANYAAN

Nama:
Alamat Email (pastikan betul kerana kami akan memberi respon kepada anda melalui email yang diberikan):
No. Telefon:
Pertanyaan / Komen / Tempahan (jika ada):
Bukti Pembayaran / Alamat :
Lokasi Yang Anda Pilih (Jika Berminat Untuk Menjadi Agen):

create web form

Petua Kek Cantik dari Chef Wan

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
  1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

  2. Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

  3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

  4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

  5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
  • Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan tin terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
  • Ukuran acuan tin tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga kek anda menjadi.. :)

PETUA NAK BUAT KEK (untuk orang baru)

Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :


1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.


2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.


3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.


Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.


(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.


(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.


(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.


(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.


(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.


Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!

tapi jika anda gunakan tepung segera ni.. semuanya beres